Thursday 14 April 2011

MaRI berKEnaLAN deNgan COkLat


Apa Itu Coklat?

Hehehe...Sedap kan bile dengar nama coklat tu. Coklat boleh diklasifikasikan sebagai coklat tulin atau kompaun.
Coklat tulin hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.
Produk-produk koko atau coklat yang tidak memenuhi kriteria tersebut dikenali sebagai coklat kompaun. 


Jenis-jenis coklat yang berada dipasaran


Terdapat banyak jenis produk yang boleh didefinisikan sebagai coklat dan coklat konfeksyeneri selain daripada bar coklat. Walau bagaimanapun, bila bercakap mengenai coklat, ia merujuk kepada tiga jenis coklat iaitu :



  • Coklat susu (Milk Choclate) 
  • Coklat putih (White Chocolate)
  • Coklat kosong (Dark Chocolate)
Sebab ape Qiqi ajak mam Coklat?

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa coklat merupakan makanan, minuman dan snek yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan junk dan tidak berkalori, enak tetapi tidak berkhasiat. Tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Yang nyatanya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif. Sebagai contoh, kandungan zat di dalam coklat susu berbanding coklat putih.

NILAI PEMAKANAN COKLAT PUTIH DAN COKLAT SUSU
Kandungan Zat 8oz. Gelas (atau ½)

ZATCOKLAT PUTIHCOKLAT SUSU
Kalori168205
Protein gms.8.57.0
Kalsium gm.0.200.26
Fosforus0.220.22
Vitamin A I.U.375338
Tiamin mg.0.080.07
Riboflavin mg.0.410.37
Niasin mg.0.210.25



Sumber: Persatuan Pengilang Coklat




Bila Patut Kita Beli Coklat?


Coklat sesuai untuk dibeli setiap masa, lebih-lebih lagi pada hari-hari istimewa seperti Hari Krismas, Hari Kekasih dan sebagainya. Memandangkan coklat merupakan makanan yang kaya dengan sumber tenaga dan senang dibawa ke mana saja, ianya sering dijadikan makanan dalam pelbagai aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan lain-lain. Ia merupakan makanan 'wajib' di kalangan pengembara.




So, Ape lagi..Moh le mam coklat. Coklat tak mendebabkan kite tapi lagi baik untuk kesihata lagi adela...moh try.....sikit pon bole, banyak pon bole..hehehe



p/s: Tak nak cube, try, test ke..Harga boLe bincang.Ngeh3333...cecite..cecite

2 comments:

Myra Jay said...

Yeay yeay yeay cheq pun suka mkn coklat :)

CIk QiQi ChoC said...

Hehe...same to me..tp kdg rjin wt je..mam nye idak qiqi ni..bg org je lebei..hehehe